Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

Seronok Berswafoto Sehingga Membawa Maut

Published

on


Semenjak kemunculan media sosial, trend swafoto boleh dikatakan menjadi amalan biasa bila ambil gambar. Kalau tak selfie, kita wefie dengan kawan-kawan kita. Dalam kalangan member korang pula, mesti akan ada salah sorang yang gila selfie dan kerap upload gambar selfie dia di laman sosial. Kita pun untuk jaga hati dia kita tekan like pada gambar-gambar selfie dia. Tapi sebenarnya ada kes di mana orang berswafoto sampai meragut nyawa dia. Gila sangat selfie kot sampai menemui ajal. Mengikut laporan, seramai 259 orang mati antara tahun 2011 sehigga 2017 kerana selfie. Bukan sejenis kematian yang kita mahukan tapi itu lah kes yang pernah berlaku.

KEMUNCULAN SWAFOTO

Swafoto merupakan perbuatan dimana kita mengambil gambar kita sendiri menggunakan kamera. Swafoto yang sebelum ini dikenali sebagai self-potrait telah wujud sebelum kewujudan Facebook lagi. Seorang jurugambar Amerika bernama Robert Cornelius dikatakan manusia yang pertama mengambil gambarnya sendiri pada tahun 1839. Pada tahun 1914 pula, seorang remaja Rusia telah mengambil gambarnya melalui pembiasan cermin menggunakan kamera Kodak Brownie dan mengirimkan gambar tersebut kepada rakannya. Ia menjadikan dia remaja pertama di dunia yang mengambil gambar selfie.

Jadi sebenarnya selfie ni bukan lah perkara baru. Ia dah dilakukan sejak tahun 1839 lagi. Dan sehingga kini menjadi trend paling popular di seluruh dunia.

SELFIE YANG MENGUNDANG MAUT

Daripada 259 kes kematian, laporan menunjukkan penyebab utama orang mati selepas selfie adalah kerana lemas, diikuti dengan insiden yang melibatkan kenderaan seperti mengambil selfie di landasan kereta api, dan juga jatuh dari tempat yang tinggi. Punca berkaitan kematian akibat selfie yang lain termasuk lah disebabkan serangan haiwan, senjata api dan juga renjatan elektrik.

Menurut laporan, kematian akibat swafoto banyak berlaku di India, Rusia, Amerika Syarikat dan juga Rusia. Mungkin masyarakat di sana sukakan cabaran dalam berswafoto tanpa memikirkan akibat yang bakal berlaku. Sememangnya mengambil swafoto secara zahirnya tidak mendatangkan bahaya pada diri, tetapi apabila segelintir individu yang mahukan the perfect shot, mereka sanggup meletakkan diri dalam keadaan bahaya semata-mata untuk gambar tersebut. Tambahan lagi, kebanyakkan mangsa merupakan golongan muda berumur antara 10 hingga 30 tahun.

 

View this post on Instagram

 

“I want to stand as close to the edge as I can without going over. Out on the edge you see all the kinds of things you can’t see from the center”. Yep, Kurt Vonnegut was right, you definitely see better… * * * * * * * * * * * * * #halfdome #epicjourneycontest #tothetop #natgeotravel #dangeroushike #dangerous #passportready #oxygen

A post shared by Jordan B (@jothetraveljunkie) on

Terdapat satu kes pada 5 September 2018, dimana seorang remaja berumur 18 tahun mati terjatuh dari tebing dengan ketinggian 820 kaki di Taman Negara Yosemite. Ibu kepada remaja tersebut mengatakan bahawa anaknya itu sibuk mengambil gambar selfie di pinggir air terjun Nevada, sebuah air terjun yang terkenal di taman negara tersebut, dan kemudian tergelincir jatuh.

Dua minggu kemudian dilaporkan satu kematian yang sama menimpa seorang wanita berumur 32 semasa mendaki Pictured Rocks National Lakeshore di Michigan. Wanita tersebut tergelincir jatuh dari tebing berketinggian 200 kaki ketika mengambil gambar swafoto.

Pada tahun 2015, kerajaan Rusia melancarkan kempen ‘safe selfie’ untuk membawa kesedaran terhadap budaya mengambil swafoto secara merbahaya. Kempen tersebut membawa slogan ‘walaupun berjuta orang menyukai gambar anda, ia tetap tidak berbaloi kepada nyawa dan keselamatan anda’. Antara langkah keselamatan yang diambil oleh pihak berkuasa selepas insiden mati akibat selfie adalah mewujudkan zon larangan selfie di tempat yang berisiko.

KATALAKI: Pesan dekat member korang jangan kejar likes sangat sampai membahayakan keselamatan diri..



Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement