Connect with us
alt_img>

Donna

Semakin Berumur Tapak Kaki Seperti Dicucuk Duri

Apabila umur semakin meningkat, tubuh badan juga melalui proses perubahan yang ketara.

Published

on

Apabila umur semakin meningkat, tubuh badan juga melalui proses perubahan yang ketara.

Selalu sangat mendengar keluh resah kaum hawa yang berumur mengalami sakit tumit. Kadangkala tidak boleh agak apa ‘sakit’ yang dirasai oleh mereka. Katanya seperti dicucuk jarum, ada juga yang mengandaikan sakit seperti berdenyut-denyut sampai untuk memijak lantai terasa begitu azab.
Semakin meningkat usia anda, jika tidak mengamalkan kehidupan yang sihat anda pasti akan mengalami masalah kesihatan. Dengan kata lain anda juga pasti menanggung kesakitan pada bahagian tapak kaki. Ia umpama pakej yang akan anda dapat ketika menjengah ke umur lebih berusia.

Bahagian tapak kaki merupakan struktur yang kompleks kerana ia memiliki 26 tulang, 33 sendi, 126 ligamen dan otot saraf. Mengikut purata setiap individu memperuntukkan selama empat jam untuk berdiri dan lebih kurang 8,000 serta 10,000 langkah pada setiap hari. Hubung kait antara tapak kaki dan keseluruhan badan sangat kecil tetapi pengaruhnya ke atas tubuh manusia lebih 50 peratus daripada berat badan.
 
Ketahui lebih lanjut dengan klik sini.
Penulis: Donna

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement