Connect with us

Hiburan

Selesai Berpantang, Elfira Loy ‘Payung’ Foto Comel Rayyan!

Comey lotey lah!

Published

on

Pada 1 Oktober lalu, pelakon Elfira Loy berkongsi berita bahagia atas kelahiran cahaya mata pertamanya, Muhamad Rayyan Khalaf di Instagram.

Bagaimanapun, pelakon berusia 25 tahun itu tidak pernah mendedahkan foto penuh putera kecilnya itu sehinggalah dia selesai tempoh berpantang semalam.

Wajah comel Rayyan telah dimuat naik Elfira sendiri pada Rabu menerusi sebuah entry terbaru di laman Instagram miliknya buat tatapan umum.

Meraih lebih 100k likes dalam masa yang pantas, rata-rata peminat di Instagram memuji kecomelan wajah anak lelaki Elfira.

Malah, ramai juga yang buat ‘tekaan sendiri’ wajah Rayyan tak tumpah seperti ayahnya dan juga adik-beradik Elfira iaitu Ezzrin Loy dan Ezlisa Loy.

Elfira dan suami, Faris Anuar telah berkahwin pada Januari lalu sebelum dikurniakan cahaya mata pertama mereka.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement