Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

Selepas Kejayaan Sesungguhnya 2019, Raihan & Alif Satar Umum Berita Gembira!

Tak sabar nak tunggu bulan puasa ni

Published

on

“Insya-Allah, kalau diizinkan Tuhan, sebuah lagu duet kami bersama Alif dijangka hadir pada Ramadan tahun depan,”

Begitulah makluman daripada salah seorang anggota kumpulan nasyid Raihan iaitu Abu Bakar Md Yatim yang mememberikan bayangan ia akan menemui peminat sekitar bulan puasa tahun depan.

Image result for raihan abpbh

Bagaimanapun, kedua-dua artis terbabit belum bersedia berkongsi lebih lanjut mengenai perancangan duet terbaru.

“Alhamdulillah, aturan Tuhan begitu cantik. Bermula dengan projek duet Sesungguhnya 2019, ruang lebih besar untuk kami terus bekerjasama makin terbuka.”

Projek ini diteruskan susulan duet mereka berjudul Sesungguhnya 2019 meraih kejayaan membanggakan apabila video muziknya sehingga kini mencatat lebih 16 juta tontonan di YouTube.

Image result for alif satar

Sebelum itu, peminat akan terlebih dahulu dapat berhibur bersama mereka apabila kedua-duanya bergabung menjayakan konsert amal, Countless Blessing, di Stadium Juara, Kompleks Sukan Bukit Kiara, pada 2 November depan.

Menurut Alif, terdapat beberapa lagi tawaran untuknya dan Raihan bekerjasama. Namun, semuanya masih dalam perbincangan.

Sementara itu, Abu Bakar turut menyambut baik inisiatif penganjur menyatukan Raihan dan Alif dalam konsert amal berkenaan.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement