Connect with us

Berita

Selamatkah Beli Ubat Dalam Talian? Ini Jawapan KKM

Pastikan anda semak sebelum klik!

Published

on

Zaman sekarang serba canggih, bukan sahaja pakaian, makanan dan barang-barang keperluan lain dijual menerusi dalam talian, malah terkini ubat juga turut di pamerkan melalui iklan-iklan.

Selain platflorm sosial media seperti Facebook dan Instagram, ubat turut boleh didapati menerusi khidmat pesanan ringkas seperti Whatsapp.

Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan ketika ini sudahpun melancarkan kempen Kesedaran Waspada Pembelian Ubat Dalam Talian sejak awal Oktober lalu.

Kapsul KKM Siri Ke-14 : Kesedaran tentang pembelian ubat atas talian

Kapsul KKM siri ke-14 kali ini mengupas isu berkaitan Kempen Kesedaran Waspada Pembelian Ubat Dalam Talian bersempena Hari Farmasi SeduniaKapsul KKM diterbitkan Oleh Unit Komunikasi Korporat KKM.#Biarbetuliklanni!#Kamisediamembantu

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Friday, October 18, 2019

Ia turut diadakan bagi memberi pendidikan kepada masyarakat tentang risiko pembelian ubat secara dalam talian.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk membantu pengguna membuat pertimbangan wajar dengan menyemak terlebih dahulu semua maklumat yang terkandung dalam iklan ubat dalam talian.

“Pengguna boleh membuat semakan pengiklanan ubat-ubatan tersebut dan memastikan pengiklanannya telah diluluskan oleh Lembaga Iklan Ubat (LIU).”

Tanda pagar #biarbetuliklanni! dipilih untuk kempen itu bagi menerapkan kewaspadaan dalam kalangan pengguna supaya tidak mudah percaya pada iklan-iklan ubat dan pelbagai testimoni yang meragukan dalam talian.

Sumber daripada: Bernama & Twitter KKM Putrajaya

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement