Connect with us
Webinar Kool

Semasa & Hiburan

“Selamat Tinggal” Erra Fazira Tunai Haji Sendirian

Semoga urusan Erra dipermudahkan serta selamat pergi dan pulang..

Published

on

Selepas Neelofa dan Aris Ariwatan, pelakon Erra Fazira pula dikhabarkan bakal menunaikan ibadah haji selepas fotonya tular semalam 7 Ogos 2019.

Menerusi ruangan Insta Story seorang lelaki dipercayai jurudandan pelakon itu, ditulis “Selamat Jalan, semoga mendapat haji mabrur.”

Foto berkenaan turut memaparkan seorang lelaki sedang mengalunkan azan sementara Erra dipeluk erat oleh anaknya Engku Aleesya.

Sebelum ini, Erra pernah mengakui gementar untuk menunaikan rukun Islam kelima itu susulanΒ dia bakal menunaikan ibadah itu bersendirian tanpa mahram.

“Sudah lima tahun saya menyimpan hasrat ini. Ada beberapa syarat yang patut saya patuhi dan sekarang adalah masa yang sesuai, usia pun sudah layak dan Alhamdulillah saya dipanggil ke sana.”

Didoakan semoga segala urusan Erra dipermudahkan serta selamat pergi dan pulang..

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement