Connect with us
Webinar Kool

Berita

Selamat Hari Bomba Sedunia!

Semoga seluruh anggota bomba terus memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Published

on

Hari Bomba Sedunia disambut pada 4 Mei setiap tahun.

Ia sebagai tanda menghargai jasa serta pengorbanan ahli-ahli Bomba dalam menjalankan tugas menyelamatkan orang awam, alam sekitar dan negara.

Ketua Pengarah, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Yang Amat Setia Dato Mohamad Hamdan Bin Haji Wahid ketika dihubungi penyampai Kool FM iaitu Haiza dan Muaz berkata, tema sambutan Hari Bomba Sedunia pada tahun 2020 masih kekal seperti tahun lalu iaitu “Bomba Tonggak Penyelamat Negara”.

Hal ini kerana aspek tugasan mereka dalam memberi perlindungan kepada manusia dan haiwan, pengurusan insiden kemalangan, berbakti dan berkorban demi negara amat sinonim dengan keadaan masa kini tugas kebombaan.

Tatkala wabak Covid-19 melanda negara, beliau berkongsi anggota bomba telah melaksanakan tugas seawal bulan Februari lalu termasuk program sanitasi nyah cemar dan pemindahan mangsa-mangsa positif Covid-19 hasil kerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dengarkan perbualan penuh bersama Dato Mohamad Hamdan di bawah:

Seramai hampir 5,000 anggota bomba terlibat dalam menangani wabak ini dengan 5,146 2 operasi telah dilakukan di seluruh negara termasuk zon merah, kuning dan hijau.

Sanitasi awam juga dilaksanakan menggunakan bahan chemical yang sesuai dengan kawasan dan keadaan di Malaysia termasuk 316 balai bomba seluruh negara, imegresen, tempat ibadat, penjara, pasaraya dan lain-lain.

Sebagai simbolik Hari Bomba Sedunia, kebiasaannya siren akan dibunyikan tepat jam 12 tengahari di balai-balai bomba.

Semoga seluruh anggota bomba terus memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dalam pelbagai misi kecemasan, khidmat kemanusiaan dan pengurusan bencana.

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement