Connect with us

Berita

Sejam Had Maksimum Screen Time Untuk Anak-Anak!

WHO turut menegah bayi berusia kurang setahun daripada skrin elektronik sama sekali!

Published

on

Pertubuhan Kesiatan Dunia WHO menyatakan, kanak-kanak kecil tidak sepatutnya dibenarkan menonton televisyen, video dan bermain permainan video lebih sejam sehari.
Dalam garis panduan pertama seumpamanya, WHO memaklumkan kanak-kanak bawah lima tahun patut aktif secara fizikal dan mendapat tidur yang cukup untuk membentuk tabiat sepanjang hayat, mencegah obesiti dan penyakit lain.

Kredit www.pampers.com

Dalam garis panduannya kepada negara ahli, pakar WHO Dr Fiona Bull berkata kanak-kanak berusia antara setahun hingga empat tahun patut menghabiskan masa sekurang-kurangnya tiga jam melakukan aktiviti fizikal sepanjang hari.

Bayi bawah usia setahun patut berinteraksi dengan permainan di lantai dan langsung tidak diberikan skrin elektronik.

Kredit inhabitat.com

Kataya, tabiat tidak aktif menyumbang kepada peningkatan kes obesiti di seluruh dunia.
Lebihan berat badan membawa kepada kematian awal akibat penyakit jantung, diabetes, tekanan darah tinggi dan beberapa jenis kanser.

Sumber: Berita Harian & Reuters

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement