Connect with us
On Air Di Kool

Berita

“Saya Yakin, Rezeki Berganda,” – Mowgli Malaysia

Dia turut mengatakan kejadian itu bukan sahaja memberi peringatan kepadanya, tetapi juga kepada penternak lain supaya sedar tentang kepentingan vaksin, dan sensitif dengan persekitaran supaya tidak berlaku lagi jangkitan yang sama.

Published

on

Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita kematian puluhan ekor kerbau milik Syukur Khamis atau lebih dikenali Mowgli Malaysia.

Namun, ‘tsunami’ kehilangan 56 daripada 110 ekor kerbau milik keluarganya akibat wabak hawar berdarah membuatkan dia lebih kuat walaupun sukar untuk ditelan apa yang terjadi.

“Saya masih Budok Kuba (budak kerbau). ‘Tsunami’ ini lebih menguatkan semangat dan beri kekuatan untuk terus berusaha, kerana saya yakin rezeki berganda akan tiba kemudian nanti.”

Dalam pada masa sama dia turut mengatakan kejadian itu bukan sahaja memberi peringatan kepadanya, tetapi juga kepada penternak lain supaya sedar tentang kepentingan vaksin, dan sensitif dengan persekitaran supaya tidak berlaku lagi jangkitan yang sama.

Bagi bapanya, Khamis, semangat anak-anaknya bagaikan suntikan kekuatan baharu untuk terus bertahan dan sehingga kini tujuh daripada lapan anaknya, bertungkus lumus memastikan bangkai kerbau ditanam dengan baik dan baki yang masih hidup, akan dapat bertahan.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: HMetroBernama

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement