Semasa & Hiburan
“Saya Manusia Yang Susah Tidur” – Elyana
Semoga dipermudahkan…
Penyanyi dan pelakon Elyana mendedahkan dirinya seorang yang susah untuk tidur malam.
Disebabkan itu, pelantun lagu Kalis Rindu itu memilih untuk memakai baju tidur tanpa mengira waktu siang atau malam.
Perkara itu dikongsikan menerusi laman Instagram miliknya.
Umum mengetahui Elyana menghidap kanser limfoma sejak sembilan tahun yang lalu.
Lantas, perkongsiannya itu menarik perhatian peminat yang rata-ratanya mendoakan agar Elyana diberi kemudahan untuk tidur.
Dalam pada itu, foto Elyana yang kelihatan sedang merakam lagu itu turut membuatkan peminat teruja sambil berteka teki jika penyanyi kesayangan mereka itu bakal tampil dengan lagu terbaru.