Connect with us

Hiburan

Sasha Saidin Kahwin 2020

Sasha bakal mendirikan rumah tangga untuk kali ketiga dengan jejaka dikenali sebagai Mr W.

Published

on

Anggota kumpulan Ellite, Sasha Saidin, 43, dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga untuk kali ketiga dengan jejaka berstatus duda dikenali sebagai Mr W, awal tahun depan.

Lapan tahun bergelar ibu tunggal, Sasha mengidamkan majlis ringkas sahaja.

“Memandangkan ini perkahwinan ketiga saya dan dia, jadi majlis pernikahan nanti ringkas sahaja. Tak sangka pula ramai sudah hidu dan bertanya mengenainya,” kata Sasha ketika ditemu bual wartawan, George Joseph.

Menurut Sasha yang juga merupakan kakak kepada aktor Zain Saidin, dia bakal mengikut suami berpindah ke Timur Tengah selepas bergelar isteri.

“Sebagai isteri saya kena kenalah ikut suami. Namun, itu tidak bermakna saya akan meninggalkan kerjaya seni.

“Saya akan berulang-alik pulang ke tanah air bagi memenuhi tawaran kerja di sini.

“Dalam masa sama, saya akan mencari peluang mengembangkan karier di sana terutama dalam bidang peragaan. Apapun, keluarga akan jadi keutamaan saya nanti,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Sasha pernah berkahwin dengan Johan Abdullah Skinner pada 2003 namun bercerai pada 2007 lalu mendirikan rumah tangga dengan warganegara Indonesia, Salyo Priyanto. Namun, mereka bercerai lima tahun kemudian dan memiliki seorang anak lelaki iaitu Adam Aryasenna Notosoemarsono, 10.

Sumber: Harian Metro

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement