Connect with us
Kool FM

Berita

Sasaran 41% PKS sukar dicapai

Published

on


KUALA LUMPUR: Unjuran sumbangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kepada ­Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada kadar 41 peratus tahun ini disifatkan sukar direalisasikan disebabkan kesan pandemik Co­vid-19.

Penasihat PKS Bank Islam Malaysia Bhd., Datuk Dr. Hafsah Hashim berkata, sasaran ditetapkan kerajaan itu adalah sebelum penularan Covid-19 yang telah merencatkan pertumbuhan ekonomi negara bahkan juga secara global.

Beliau yang juga Pengerusi Pharmaniaga Bhd. berkata, sum­bangan PKS itu hanya boleh dicapai sekiranya ekonomi negara turut sama berkembang pada kadar sekurang-kurangnya 4.5 peratus setahun.

“Saya bukan nak buat rama­lan tetapi kalau kita lebih prak­tikal dan tahu ketika ini kita berdepan kekangan serta ca­baran, saya rasa sasaran 41 peratus itu mungkin tidak dapat dicapai.

“Kalau tengok kepada carta pertumbuhan PKS, kita boleh lihat ekonomi berkembang secara purata sebanyak 1.2 peratus mengambil kira purata KDNK negara pada tahap 4.5 peratus.

“Walau bagaimanapun, pertumbuhan ekonomi Januari ke Jun tahun ini adalah -0.2 peratus, jadi sasaran itu sangat sukar dicapai,” katanya dalam sesi webinar PKS Pasca-Perintah Kawalan Pergerakan (PKP): Bertahan dalam Perubahan Landskap anjuran Bank Islam semalam.

Sumbangan PKS terhadap KDNK disasarkan meningkat sehingga 41 peratus tahun ini selepas menyumbang RM521.7 ­bi­lion atau 38.3 peratus pada 2018 dan 37.8 peratus atau RM491.2 bilion pada 2017.

Bekas Menteri Pembangu­nan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof sebelum ini dilaporkan berkata, sasaran sumbangan 41 peratus mampu dicapai tahun ini disebabkan penekanan kepada eksport ­pro­duk PKS tempatan yang menjadi keutamaan kerajaan.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam, Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid pula berkata, potensi pertumbuhan PKS turut bergantung kepada beberapa faktor lain termasuk kadar buruh dan modal.

Peningkatan kadar pengangguran sehingga ke tahap 5.3 peratus, kata Mohd. Afzanizam, juga telah merencatkan pertumbuhan ekonomi PKS.

Pada masa sama, Mohd. Afzanizam berpandangan, sekiranya kerajaan memu­tuskan untuk melaksanakan semula PKP, langkah itu dikhuatiri akan memberi impak negatif kepada PKS.

“Memang sukar buat PKS (jika PKP dilaksana semulatetapi mungkin klausa berkenaan muflis untuk dimasukkan dalam Akta Covid nanti boleh mengurangkan impak kepada PKS,” katanya.

The post Sasaran 41% PKS sukar dicapai appeared first on Utusan Malaysia.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement