Connect with us
Hot Kool Jam

Hiburan

Sarimah Teruja Tunggu Kelahiran Anak Perempuan

Selepas empat tahun mendirikan rumah tangga bersama cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar pelakon dan pengacara terkenal, Sarimah Ibrahim bakal menimang cahaya mata sulung pada Julai ini.

Published

on

Bakal melahirkan anak perempuan, Sarimah mengakui teruja memandangkan hidupnya banyak dikelilingi lelaki selama ini.

“Saya anak sulung dalam keluarga dan mempunyai tiga adik-beradik lelaki. Jadi, saya sudah terbiasa dengan kehidupan yang sentiasa lasak.

“Apabila dimaklumkan saya bakal menimang anak perempuan, saya agak terkejut. Seronok rasanya, apatah lagi nanti boleh bersiap-siap dan menyarung pilihan pakaian yang pelbagai untuk puteri saya,” katanya.

Sementara itu, Sarimah juga berharap dapat melahirkan puterinya itu secara normal.

“Sepanjang kehamilan, bayi saya sentiasa mengiring dan posisi itu langsung tidak berubah. Kalau posisinya masih sama, berkemungkinan besar saya terpaksa melahirkannya secara pembedahan,” ujarnya lagi.

Semoga Sarimah dan bayi dalam kandungan sihat selalu dan dipermudahkan segala urusan nanti.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement