Connect with us
On Air Di Kool

Berita

“Rupanya Ramai Yang Nak Bernikah” – Ismail Sabri

Bakal pengantin kini boleh merentas negeri.

Published

on

Pasangan yang mahu mendirikan rumah tangga dan perlu merentas negeri kini boleh berbuat demikian dengan memohon kebenaran polis.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Mesyuarat Khas Menteri-Menteri semalam, bersetuju memberi kebenaran tersebut bagi memudahkan urusan akad nikah pasangan.

“Rupanya ramai yang nak bernikah sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk ketika PKP Bersyarat (PKPB) ini dan antaranya perlu merentas negeri kerana pasangan di negeri lain.

“Jadi mesyuarat hari ini (semalam) faham keperluan tersebut dan bersetuju membenarkan rentas negeri bagi urusan akad nikah, tetapi tertakluk syarat sama, perlu ada kelulusan polis.

“Juga patuh prosedur operasi standard (SOP) sama seperti tidak boleh bersalaman, majlis tidak melebihi 20 orang dan sebagainya,” katanya.

Katanya lagi, kebenaran turut diberikan kepada jurufoto perkahwinan yang mahu mengambil gambar pengantin.

“Kita bersetuju kerana ia tidak membabitkan ramai orang dan gambar diambil di tempat terbuka seperti tasik dan sebagainya. SOP nya tetap sama, tidak boleh ramai, perlu patuh penjarakan sosial, memakai pelitup muka serta sebagainya,” ujarnya.

Sumber daripada: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement