Connect with us
Kool FM

Berita

Rugi lebih RM18,000, padah dedah maklumat diri di Facebook

Published

on


KUANTAN: Akibat mendedahkan maklumat peribadi dengan mengisi borang di ruang iklan pinjaman di laman sosial Facebook, seorang lelaki di Jerantut dekat sini kerugian RM18,732.

Penolong pegawai kerajaan yang berusia 34 tahun itu melihat iklan pinjaman wang di laman sosial itu pada 14 Ogos lalu.

Walaupun tidak pasti dan curiga terhadap kesahihan iklan tersebut, lelaki itu tetap mengisi borang yang disediakan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa kemudian menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mengajaknya berbincang.

โ€œSelepas perbincangan, pengadu (mangsa) bersetuju membuat pinjaman RM50,000 dengan bayaran bulanan RM620.

โ€œBermula 25 Ogos hingga (kelmarin), pengadu membuat enam transaksi bayaran secara berperingkat dengan jumlah RM18,732,โ€ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Wazir, mangsa diminta membayar caj tidak masuk akal seperti wang cagaran, yuran perjanjian pinjaman, wang pembetulan sistem serta bayaran wang tersilap bayar.

Penolong pegawai kesihatan itu hanya menyedari tertipu apabila masih tidak menerima wang pinjaman tersebut pada tarikh yang dijanjikan semalam.

Mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut semalam dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. โ€“ UTUSAN ONLINE

The post Rugi lebih RM18,000, padah dedah maklumat diri di Facebook appeared first on Utusan Digital.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement