Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

Rita Rudaini Elak Menangis Depan Anak

Banyak lepaskan perasaan di ruang peribadi seperti bilik air

Published

on

Pelakon Rita Rudaini memberitahu, walaupun kelihatan teguh dan tabah berdepan ujian, kadang kala dia tetap menitiskan air mata .

Menurut Rita , menangis bukan kerana dia lemah, sebaliknya, ada ketika, kudratnya tidak mampu lagi menanggung bebas yang digalas.

Bagaimanapun, Rita mengakui, dia tidak pernah menangis di hadapan anak.

“Saya tidak sesekali menangis depan anak kerana mereka masih tidak faham mengapa saya menitiskan air mata.”

“Bohong kalau sepanjang 8 tahun bersendirian dan menggalas tanggungjawab sebagai ibu serta ayah, saya tidak letih. Ia lebih kepada penat dari segi mental.”

Menerusi perkongsian dengan Berita Harian, kebiasaannya dia melepaskan segala perasaan di ruang peribadi seperti di bilik air bagi mengelak diketahui anak.

“Selalunya, sebelah malam selepas masing masing sudah tidur. Saya tidak mahu mereka tahu.”

Rita mempunyai dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 10 tahun dan Airit Rafqa Arjuna, 8 tahun, hasil perkahwinan dengan pemain bola sepak Aidil Zafuan Abd Radzak pada 2008.

Kedua-duanya bercerai secara rasmi pada September 2013.

Menurut Rita lagi, anak sulungnya sudah menunjukkan sikap melindungi sejak dahulu lagi.

“Abang anak yang baik dan bertanggungjawab. Mungkin umur baru 10 tahun, tetapi dari segi kematangan, ia tidak padan dengan usia.”

“Dia faham kesukaran dan dugaan yang saya lalui untuk mencari rezeki. Abang juga tidak pandai meminta minta dan kalau dapat barang kesukaan , terutama kasut bola, dia akan pakai selagi boleh.”

Rita juga meluahkan rasa syukur dan bangga kerana Rayyan serta Arjuna bijak membawa diri di mana sahaja mereka berada.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement