Hiburan
Rebecca Sukar Berjauhan Dengan Anak
Becca mahu fokus terhadap anak-anaknya terlebih dahulu memandangkan mereka masih kecil dan perlukan perhatian.
Published
1 month agoon
By
AdiliaBelum bersedia untuk kembali aktif di arena seni, Datin Rabecca Nur Al Islam sebaliknya ingin memberikan sepenuh perhatian kepada keluarga.
View this post on InstagramAda ni tgh Nak Lunch 😉😋Mummy Becca so hungry today😅Happy Lunch Everyone 💖… . . #mrsazam #04102019
A post shared by ❤️AllahSwt❤️RasulullahSaw (@rebeccanuralislamahmad) on
“Sejak di bangku sekolah, saya aktif dengan pementasan teater hingga ditawarkan berlakon di Istana Budaya, seterusnya mendapat peluang mengembangkan bakat dalam drama dan filem.
“Saya sudah menimba pelbagai pengalaman dan saya tidak ralat menyepikan diri seketika untuk memberi tumpuan pada keluarga,” katanya.
View this post on InstagramHeart beat💖… . . #mrsazam #26102019 #CintaHatiMom #MyLove
A post shared by ❤️AllahSwt❤️RasulullahSaw (@rebeccanuralislamahmad) on
Menerusi temu bual bersama wartawan, Hanisah Selamat, Becca juga menjelaskan dia ingin membesarkan anak-anaknya terlebih dahulu kerana mereka masih kecil dan memerlukan perhatian.
“Buat masa ini, saya belum ada perancangan untuk kembali ke lokasi penggambaran. Lakonan memerlukan komitmen penuh kerana kita bekerja dengan ramai orang.
“Daripada menyulitkan keadaan atau menyusahkan pihak lain, lebih baik saya memberi dahulu tumpuan pada anak dan suami. Memandangkan anak masih kecil dan kami sangat rapat, saya tidak sampai hati tinggalkan mereka,” katanya.
Walaubagaimanapun, Becca mengakui rindu untuk ke set penggambaran, tambah pula sudah hampir enam tahun menyepi.
Rabecca dan suami, Datuk Nor Azam Sulaiman berkahwin pada Januari 2011 dan pasangan ini diserikan dengan kehadiran cahaya mata Nor Adam Daniel, 11, Nor Anggun Raverra, 7, Nor Anggerik Renesmee, 6, Nor Aliff Al-Raffael, 3, Nor Ahmat Al-Reaggan, Nor Aurora Riana, 10 bulan, selain dua anak tiri.
View this post on InstagramA post shared by ❤️AllahSwt❤️RasulullahSaw (@rebeccanuralislamahmad) on
View this post on InstagramA post shared by ❤️AllahSwt❤️RasulullahSaw (@rebeccanuralislamahmad) on
Sumber: Berita Harian
You may like
-
Minggu Pertama Ejen Ali The Movie Cecah RM13 Juta!
-
Emma Stone Kongsi Foto Cincin Tunang
-
“Dalam 2 Hari Ni Barulah Nampak Senyum, Boleh Bergurau Balik” – Saharul Ridzwan
-
Kongsi Video Berqasidah, Alunan Suara DS Siti Dipuji Peminat
-
Penyanyi Lagu Memori Cinta Luka Pulang Ke Rahmatullah
-
Ucapan Keisya Buat Nabila Huda Sempena Hari Jadi Menyentuh Hati