Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Rarenya Bawa Manual, Lori Pula Tu”- Wany Hasrita Curi Tumpuan Ramai

Penyanyi, Wany Hasrita yang dikenali dengan peribadinya yang manis dan lemah-lembut mencuri tumpuan wargamaya apabila dia memuat naik sebuah video yang menunjukkan dia membawa sebuah lori.

Published

on

Penyanyi, Wany Hasrita yang dikenali dengan peribadinya yang manis dan lemah-lembut mencuri tumpuan wargamaya apabila dia memuat naik sebuah video yang menunjukkan dia memandu sebuah lori. Yass, lori gais!

Video yang berdurasi 5 saat itu dimuat naik di laman Twitter milik peribadinya dan mendapat hampir 200 ribu tontonan setakat ini. Ialah mana tidaknya, bukan calang-calang orang pandai membawa kenderaan jenis manual, apatah lagi lori yang saiznya lebih besar dan berat berbanding kereta.

Artikel Lain : “Takkan RM100 Pun Tak Ada Dalam Wallet” – Pelanggan Terkilan Disindir Tiada ‘Cash’

Rata-rata wargamaya kagum melihat Wany mampu membawa sebuah lori. Memang rare betul lagi-lagi bila wanita yang bawa.

Geli hati dengan kapsyen berseloroh yang disertai bersama video tersebut, ramai meninggalkan pelbagai maklum balas di ruangan komen tweet itu. Rata-rata wargamaya juga turut menyatakan bahawa penyanyi yang berumur 29 tahun itu kelihatan persis seperti ADUN Ketari, Young Syefura atau lebih dikenali sebagai YB Rara.

Apa kata anda, betul ke sama?

Menarik: Daddy’s Little Heartbreaker – Henry Goulding Teruja Dengan Kedatangan Cahaya Mata Pertama

 

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement