Semasa & Hiburan
Rare! Azhan Rani Bawa Petai Daki Gunung
Bila dah nama hantu petai…ke Nepal pun sanggup bawa!
Pelakon popular Azhan Rani bersama 27 pendaki lain kini sedang mengikuti ekspedisi menakluk Everest Base Camp (EBC) di Nepal.
Ia bersempena sambutan Hari Kebangsaan yang ke-62 pada 31 Ogos lalu dan akan berakhir pada 16 September ini.
Tular di media sosial apabila pelakon drama Nur itu memuat naik beberapa fotonya membawa petai tatkala melakukan pendakian ke EBC. Tengoklah ni!
Apa lagi, foto tersebut mengundang komen lucu dan pelbagai reaksi daripada pengikut di Instagramnya.