Connect with us
Hot Kool Jam

Hiburan

Ramli Sarip Kongsi Tip Kekal Sihat

Setuju dengan semua tip yang diberi Datuk Ramli ni, selamat mencuba!

Published

on

Mesti ramai yang tidak tahu ramuan Datuk Ramli Sarip yang masih lagi kekal sihat bertenaga walaupun usianya kini sudah menjangkau 67 tahun.

Ramli menerusi satu kenyataan bagaimanapun mengaku terlalu banyak dugaan yang dihadapi sepanjang bergelar anak seni.

Disebabkan oleh itu, beliau sangat mementingkan kesihatan fizikal dan mental.

Image result for ramli sarip

Baginya, mengikut sunah Nabi SAW dan taat mengerjakan perintah agama adalah aspek paling penting dalam kehidupan.

“Saya sudah lebih 20 tahun mengamalkan minum madu kerana ia memberi tenaga, menjauhkan diri daripada kanser, mengurangkan alergi selain menjadi sumber vitamin dan mineral. Saya turut mengamalkan habbatus sauda dari zaman muda lagi.”

Selain itu katanya, beliau sangat gemar minum susu. Merujuk kepada gaya hidup zaman Rasulullah dahulu, masyarakat ketika itu menjadikan amalan setiap bayi yang lahir akan dihantar kepada ibu susuan agar bayi tersebut membesar dengan sihat.

“Saya tahu ada sesetengah orang yang alergik pada susu. Namun, mereka boleh menggantikan dengan produk lain yang mempunyai khasiat yang sama dengan susu,” katanya lagi yang turut mengambil vitamin C dan minyak ikan kerana disarankan oleh ramai doktor.

Menurutnya lagi, untuk mendapatkan ketenangan hati adalah dengan menunaikan kewajipan solat lima waktu sehari.

Betul tu, apabila kita solat, insya-Allah kita akan lebih tenang berhadapan dengan tekanan atau cabaran hidup.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement