Connect with us
Hot Kool Jam

Hiburan

Ramai Kata Sharnaaz Ahmad Penat Jaga Anak, Sebenarnya…

Pelakon, Sharnaaz Ahmad mendedahkan selama ini isterinya, Noor Nabila yang menguruskan anak sulung mereka, Jebat Jayden pada setiap masa selepas ramai pengikutnya di laman sosial menyangka dia yang kepenatan menjaga Jebat.

Published

on

Pelakon, Sharnaaz Ahmad mendedahkan selama ini isterinya, Noor Nabila yang menguruskan anak sulung mereka, Jebat Jayden pada setiap masa selepas ramai pengikutnya di laman sosial menyangka dia yang kepenatan menjaga Jebat.

Sharnaaz juga berterima kasih kepada isteri kesayangannya di laman Instagram hari ini, kerana menjaga Jebat dengan baik selain mengakui syurga itu sememangnya harus di bawah kaki ibu yang sanggup berkorban apa pun demi anak.

“sy patut berterima kasih pada dia.. memang patut syurga itu di bawah kaki ibu, dan pengorbanan sang ibu itu tiada tolok bandingnya.. terima kasih syg @noornabila”

Dalam pada itu, Sharnaaz juga memberitahu, dia akan membawa keluarganya bercuti selepas sahaja tamat tempoh berpantang.

“abis pantang kita pi holiday k sygggg..”

Rata-rata pengikutnya di laman Instagram turut gembira dengan tindakan Sharnaaz yang dianggap sebagai seorang yang begitu penyayang dan menghargai penat lelah si isteri.

Wah, beruntungnya jadi isteri Sharnaaz ni kan! Selain itu, mereka turut mendoakan kebahagiaan buat Sharnaaz dan juga isteri kekal sehingga ke jannah.

Sementara itu, Sharnaaz juga berharap anaknya itu membesar dengan sihat, sempurna serta menjadi orang berguna sempena usianya yang kini sudah genap 1 bulan.

Sharnaaz dan Noor Nabila berkahwin pada 31 Mac 2017 tahun lalu dan telah dikurniakan cahaya mata sulung pada 30 Ogos baru-baru ini.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement