Berita
Rakyat Ucap Terima Kasih Kepada Maszlee
Terima kasih dr..
Berita mengenai pengunduran Menteri Pendidikan DR Maszlee Malik semalam nyata memberi impak kepada masyarakat di Malaysia.
Maszlee secara rasmi mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pendidikan, berkuat kuasa hari ini 3 Januari 2020.
“Selepas pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad sebentar tadi dan atas nasihat beliau, ketaatan dan disiplin kepada kepimpinan parti dan kerajaan, saya dengan hati yang reda walaupun berat dengan ini memulangkan semula jawatan sebagai Menteri Pendidikan kepada Perdana Menteri berkuatkuasa 3 Januari 2020.”
Maszlee turut merakamkan penghargaan terima kasih buat Perdana Menteri kerana memberinya peluang selama 20 bulan untuk mengemudi Kementerian Pendidikan.
Bagaimanapun menerusi pelbagai ruangan sosial media termasuk Facebook, Instagram dan Twitter ramai yang turut melahirkan penghargaan terhadap bekas Menteri Pendidikan itu.
Here's two challenges for all you armchair critics out there….
1. Could you have achieved all this if you were the Minister of Education.
2. Could you have achieved this in 20 months.
Maszlee did.
Now, how was he a bad minister again? pic.twitter.com/c1ZaM58zU9
— Ibrahim Sani (@ibrahimsaninet) January 2, 2020
Sementara itu, di Facebook terdapat juga individu yang menghasilkan nukilan cukup mendalam dengan menyatakan semua pengorbanan yang telah dilakukan Maszlee.
Kami di Kool FM turut mengucapkan terima kasih kepada Dr Maszlee Malik kerana telah melaksanakan tanggungjawab selama 20 bulan dengan baik dan semoga dipermudahkan segala urusan Dr.