Semasa & Hiburan
Raisa Tangguh Konsert
Semoga dipermudahkan..
Konsert penyanyi Indonesia, Raisa Live in Concert Stadion Utama Gelora Bung Karno yang sepatutnya berlangsung di negara tersebut pada 27 Jun ini, ditangguhkan sebagai langkah pencegahan penularan COVID-19.
Ketua Pegawai Eksekutif syarikat rakaman Raisa, Adryanto Pratono membuat keputusan menangguhkan acara berkenaan demi keselamatan dan kesihatan semua pihak.
Dalam kenyataan berkenaan, Adryanto turut memutuskan untuk memindahkan tarikh konsert tersebut pada hari Sabtu, 28 November 2020, jam 7 malam bertempat di lokasi yang sama.
Raisa bagaimanapun melihat penangguhan konsert terbabit sebagai hikmah selain memohon agar semua peminatnya mendoakan supaya suasana yang dihadapi seluruh dunia ketika ini segera pulih.