Connect with us
Salam Aidilfitri

Semasa & Hiburan

Raisa Lebih ‘Matang’ Dalam Teristimewa

Merdunya suara..

Published

on

Penyanyi Indonesia Raisa Andriana telah melancarkan lagu baharu berjudul Teristimewa pada 13 Februari 2020.

Lagu berkenaan turut dikatakan lebih matang daripada lagu “Jatuh Hati” yang dikeluarkan pada 2015.

Teristimewa adalah lagu yang ditulis khas buat insan-insan yang amat istimewa selain memberikan inspirasi dan motivasi buat dirinya.

“Kenapa lagu ini sama seperti Jatuh Hati adalah kerana doa saya untuk individu yang istimewa dalam diri saya masih sama.”

Isteri kepada pelakon Hamish Daud itu turut memberitahu proses rakaman lagu berkenaan dibantu oleh Marco Steffiano dan Haris Pranowo yang diusahakan sejak akhir 2018 setelah menyelesaikan Konsert “Fermata”

Raisa turut melibatkan producer asal Los Angeles Camden Bench dan mixing engineer Erik Madrid.

Ketua Pegawai Eksekutif Juni Records, Adriyanto Pratono malah turut menyatakan lagu Teristimewa bersifat universal dan bukan hanya tertumpu kepada cinta.

Dalam perkembangan lain, Raisa bakal mengadakan konsert pada 27 Jun 2020 bertempat di Stadion Utama Gelora Bung Karno Jakarta yang akan mengusung konsep perjalanan serta harapan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement