Gaya Hidup
Rahsia Bunga Yang Ramai Tak Tahu
Bunga dijadikan simbolik kepada kaun wanita kerana ia melambangkan kecantikan dan sudah menjadi fitrah kaum hawa yang sukakan keindahan.
Bunga dijadikan simbolik kepada kaum wanita kerana ia melambangkan kecantikan dan sudah menjadi fitrah kaum hawa yang sukakan keindahan.
Bagaimanapun, tahukah anda bahawa setiap bunga mempunyai simbolik dan manfaat yang tersendiri?
Bunga Matahari
Simbolik bagi Bunga Matahari adalah kesetiaan kerana warna kelopaknya bewarna kuning dan setia mengikuti ke mana pergerakkan matahari bergerak. Manfaat Bunga Matahari ini pula bijinya diekstrak untuk dijadikan minyak dan dijadikan makanan ringan iaitu kuaci.
Sumber: pixabay
Selain itu, bunga matahari juga dikatakan dapat mengubati penyakit seperti melegakan cirit-birit, melegakan sakit kepala dan menambah selera makan. Caranya mudah saja, rebus biji bunga matahari dan campurkan sedikit gula batu. Kemudian, minum air rebusan setelah sejuk.
Bunga Daisy
Sumber: asmaraku
Simbolik untuk Bunga Daisy pula adalah kelembutan dan kesucian kerana kelopak warnanya berwarna putih bersih. Manfaat bunga ini adalah dapat merawat masalah kulit, jatung, sendi peparu dan kanser.