Connect with us

Hiburan

Radhi OAG Enggan Lagi Rujuk Bekas Isteri

Demi anak-anak, Radhi berkawan baik dengan bekas isteri.

Published

on

Vokalis kumpulan OAG, Radhi tidak lagi berhasrat untuk rujuk semula dengan bekas isterinya, Nur Shahira Ayu Zahiri atau Ayu selepas dua bulan bercerai.

Radhi yang reda dengan apa yang berlaku tekad mahu memperbaiki diri sebelum bersedia kembali menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami.

“Fasa awal saya berpisah, saya mengaku saya sering memujuk Ayu untuk kembali. Namun, kini saya telah reda dan mahu menumpukan perhatian terhadap diri sendiri.

“Saya mahu berkawan dengan Ayu demi membesarkan anak-anak kami,” katanya.

“Saya sayang anak-anak saya. Baru semalam (Selasa) saya bertemu dengan Ayu. Kami boleh bersembang seperti biasa,” ujarnya lagi.

 

Radhi dan Ayu sah berpisah di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Petaling Jaya pada 16 Julai lalu.

Terdahulu, Radhi pernah mendirikan rumah tangga dengan Shazlin Sharif pada 1 Januari 2005 sebelum bercerai pada 8 Jun 2010.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement