Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Berita

Pulau Pinang Dihiasi Belon Udara Panas

15 belon udara panas akan menyertai Fiesta Belon Udara Panas Pulau Pinang di Padang Polo, Georgetown, pada 9 dan 10 Februari 2019

Published

on

15 belon udara panas akan menyertai Fiesta Belon Udara Panas Pulau Pinang di Padang Polo, Georgetown, pada 9 dan 10 Februari 2019.
Belon udara terbabit adalah Black Sheep, Gnome, Robot Woozi, Clown Bruno, Princess Nelly, House Ballon, G-Buoe, Moon, Patch Adams, Kedah, Skyrainbow Blue, Midori, Wanderer dan Rising Star.

Pengarah MyBalloon Adventure, Izzati Khairuddin, berkata penganjuran fiesta bagi tahun kelima itu membabitkan penyertaan 10 negara termasuk Malaysia dengan pelbagai bentuk khas ditonjolkan.
Beliau berkata, pelbagai aktiviti disediakan dan boleh disertai pelbagai lapisan usia sepanjang fiesta itu berlangsung bermula 7 pagi hingga 12 tengah malam.

“Terdapat aktiviti menarik di Zon Ria yang boleh disertai keluarga seperti permainan belon gelembung, bengkel kreatif, menaiki bot kayuh, terjunan lelabah songsang bagi kanak-kanak dan dewasa, trampolin dan lain-lain lagi.
“Acara kemuncak ialah pertunjukan ‘Night Glow’ dan bunga api selepas perasmian pembukaan yang dijangka disempurnakan Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas pada 8.15 malam 9 Februari,”

Penggiat negara lain yang terbabit ialah dari Amerika Syarikat, Brazil, Sepanyol, Belgium, Slovakia, Jepun, Korea, Vietnam dan Taiwan.
Bagi acara pra-promosi, pengunjung berpeluang menyaksikan belon udara panas diletakkan di beberapa lokasi iaitu di Taman Perbandaran Pulau Pinang, Padang Kota Lama dan di tepi pantai berhampiran Parkroyal Penang Resort.
Pengunjung di sekitar Seberang Perai Selatan berpeluang menyaksikan 10 belon udara panas dinaikkan di Padang Awam Jawi pada 8 Februari depan.
Menurut Izzati lagi,

“Bagi menambah keseronokan dan pengalaman, akan ditampilkan belon watak badut dan Dewa Kekayaan atau ‘God of Prosperity’ sempena sambutan Tahun Baru Cina, tidak lama lagi.”

Sumber: Harian Metro

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement