Connect with us
Carta Spotlite Kool

Berita

Pukul Anak : Masih Relevan Atau Tidak?

Setiap ibu bapa mempunyai cara berbeza dalam membesarkan anak-anak, tetapi dengan matlamat yang sama untuk mendidik mereka menjadi manusia berguna.

Published

on

Sebuah artikel di media sosial berpendapat tindakan ibu bapa yang memukul anak untuk memberi didikan dianggap ketinggalan zaman.

Dalam segmen Kool Talk pada 5 Februari, penyampai Kool FM iaitu AG, Haiza dan Muaz telah membincangkan satu topik menarik, adakah masih relevan di masa kini untuk ibu bapa memukul anak-anak.

Tidak dinafikan, perbuatan ‘naik tangan’ terhadap anak mampu memberi beberapa kesan buruk antaranya mengalami trauma, merajuk, bersendirian, memberontak dan berdendam, biarpun niat kita hanya untuk mendidik demi kebaikan mereka.

Pelbagai cara digunakan untuk mengajar dan membesarkan anak-anak. Bagi seorang pemanggil bernama Puan Ummi yang memiliki dua orang anak masing-masing berusia 7 tahun dan 4 tahun, beliau berpendapat tabiat memukul anak bergantung kepada kesalahan yang dilakukan tetapi tidak sehingga mencederakan mereka.

Dalam pada itu, pasangan suami isteri juga memainkan peranan penting dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa. Berpura-pura marah menggunakan rotan atau mengugut untuk menakutkan mereka juga antara salah satu solusi dalam mendidik anak-anak supaya mereka menjaga kelakuan.

Pemanggil seterusnya, Puan Zida, seorang ibu tunggal yang memiliki dua orang anak berusia 13 tahun dan 5 tahun, beliau turut merasakan topik pukul anak untuk mendidik masih relevan di masa kini.  Beliau mengakui sering memberi peringatan dan pernah merotan anaknya yang nakal, tetapi hanya dari bahagian lutut dan ke bawah sahaja.

Begitu juga dengan seorang pemanggil lelaki, Encik Lan yang mengakui pernah memukul tiga anak lelakinya yang membuat nakal. Menurut Encik Lan, dia memukul dengan penuh kasih sayang sekadar untuk memberi pengajaran namun tidak sehingga mencederakan mereka.

“Masih lagi relavan untuk memukul anak-anak sebagai pengajaran,” katanya ringkas.

Selain itu, Haiza juga sempat berkongsi beberapa kesan negatif terhadap kanak-kanak yang dipukul ibu bapa menerusi theasianparent.com.

1. Tradisi kekerasan akan berulang

2. Merendah nilai diri anak

3. Memukul tidak menjadikan anak berdisiplin

4. Memukul buat anak makin marah lalu membenci ibu bapa

5. Memukul anak dalam jangka masa panjang boleh menjadikan mereka ego dan anti sosial serta mendapat gangguan psikologi

6. Kanak-kanak yang dipukul akan memilih untuk memukul anak-anak mereka juga kelak

7. Menjadi lebih agresif, menjadi penjenayah dan melakukan kekerasan yang berlebihan

Menurut seorang doktor dikenali sebagai Puteri Afzan yang sempat ditemu bual, beliau menjelaskan tidak elok anak kecil dipukul kerana memori paling besar kanak-kanak iaitu sebanyak 90% sedang membina dan membesar dikala usia enam tahun pertama.

“Apabila dipukul, kita dah letak satu neuron yang akan kekal dalam otak mereka selamanya dan akan mengalir dalam darah,” katanya yang turut menegaskan tiada istilah degil dalam diri kanak-kanak.

Untuk mendengar perbualan penuh mengenai topik ini, klik sini

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement