Connect with us

Berita

Program Podium bukan tiket ke Sukan SEA

Published

on


KUALA LUMPUR: Tiada istilah ‘selamat’ kepada petinju kebangsaan meskipun berada di bawah Program Podium dalam usaha mencapai standard yang ditetapkan atau mereka berdepan risiko digugurkan ke Sukan SEA 2021 Hanoi.

Timbalan Presiden Persekutuan Tinju Amatur Malaysia (PTAM), Iruan Zulkefli berkata, badan induk itu perlu bertindak tegas dalam usaha untuk mencari petinju bertaraf antarabangsa setanding legenda negara, Sapok Biki yang merangkul pingat emas Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur.

Katanya, seramai enam petinju berjaya dimasukkan ke dalam Program Podium dengan kontrak akan berakhir 31 Disember depan, begitupun kesemua mereka tidak terjamin untuk dipilih mewakili negara ke Sukan SEA 2021 Hanoi.

Kesemua enam petinju yang terpilih ke Program Podium adalah Fuad Redzuan, Rasdenil Haikal Fazil, Akram Rasid, Halim Izani Othman, Azuan Che Azmi dan Khir Akyazlan Azmi.

“Kita akan pilih enam atlet Program Podium mana yang terbaik dan berpeluang mendapat pingat emas. Kemungkinan kita akan pilih dalam dua atau tiga daripada mereka.

“Ini kerana MOM (Majlis Olimpik Malaysia) sudah menetapkan prospek emas sahaja akan dihantar ke Sukan SEA 2021. Jadi kami anggap ia satu cabaran,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis penyerahan kontrak baharu kepada petinju hari ini.

Dalam majlis tersebut, enam petinju program podium mengangkat sumpah dan menandatangani kontrak baharu disusuli lima petinju pelapis.

Tinju adalah sukan wajib yang dipertandingkan dalam setiap temasya, namun kemampuan petinju negara ketika ini hanya terhenti dalam Sukan SEA, itu pun sekadar tiga gangsa sewaktu edisi di Filipina tahun lalu.

Dalam pada itu, Iruan berkata, bagi memastikan semua petinju berada dalam keadaan mantap, pihaknya akan menghantar mereka menjalani latihan di luar negara tahun depan, selain menyediakan tempat latihan baharu yang lebih bekualiti serta jurulatih berpengalaman dari luar negara.

The post Program Podium bukan tiket ke Sukan SEA appeared first on Utusan Malaysia.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement