Home > #CeriteraKool > Posting Insta Yang Mengundang Kecaman

Posting Insta Yang Mengundang Kecaman

Sosial media kini menjadi medan perkongsian tak kira apa sahaja. Ada yang niat untuk berkongsi semata-mata, tapi jangan tak tau ada yang cuba menyampaikan sesuatu yang tersirat. Jom kaji apa niat sebenar di sebalik 5 perkongsian yang berikut :

  • Berkongsi gambar kubah masjid , tak pun gambar lengkap bertelekung siap sujud atas sejadah. Kalau ada orang yang tiba-tiba ambil gambar okay lagi, tapi kalau letak sendiri camera pasang timer ..apa cerita? Ini namanya nak menunjuk tahap keimanan anda dan betapa waraknya anda. Kalau nak tengok dari sudut lain mungkin jugak nak pancing jodoh, wallhualam.

Sumber daripada perkongsian @AzlymAziz di Twitter

  • Selfie gambar dalam kereta kesal dengan keadaan trafik yang sesak nan hado! Tapi bila diperhati betul-betul, eh , nampak pulak logo kat stereng kereta. Ooooo nak tunjuklah tahap kemewahan dia celah mana rupanya bila pakai kereta tertentu.

  • Letak gambar slip keputusan peperiksaan, ni tak kira lah peperiksaan penggal akhir darjah 1 ke, UPSR ke SPM ke . Bila baca kapsyen kononnya nak panjatkan kesyukuran ke hadrat illahi tapi rupa-rupanya nak tunjuk betapa bijaksananya kamu kan? Kan? Kalau betul niat nak bersyukur buat sujud syukur daaaaaaaaaaaaaaaaaaa

 

  • Bergambar di kubur arwah, siap pegang batu nisan sambil air mata bercucuran. Persoalannya betul ke ada rasa sedih dan kesal? Rasa-rasanya benda-benda yang berkait dengan kematian ni macam tak sempat je untuk ready depan kamera sebab sewaktu berdoa atau berzikir di kubur, fokus kita hanyalah untuk roh simati. Kalau tak fokus itu maksudnya ziarah anda tu sangat tidak ikhlas dan kematian arwah tidak memberi apa-apa impak. Lakonan semata! Amek kau sedas!

Gambar Sumber Warta Kota

  • Okay ni yang terakhir, close up gambar muka dengan kapsyen, ‘ muka pucat lesu tak sihat hari ni’, tapi siap mekap baik punya. Ini niat untuk meraih pujian sebegini ‘ sakit-sakit pun cantik kot’ ..tak pun.. ‘dun worry you still look pretty dear’. Kalau betul sakit, letak gambar untuk meraih pujian boleh buat anda sihat ke?

Ada cara yang lebih bijak lah untuk kekal sihat. Amalkan pemakanan suplemen Proviton yang mengandungi gabungan mulitivitamin and mineral untuk keperluan seharian. Proviton dengan CoQ10 dapat membantu meningkatkan tahap tenaga dan stamina. Lagi WIN, anda  boleh dapat diskaun sehingga 20% bila anda buat pembelian Proviton dan dapat flask thermal secara percuma di Kool FM Layari www.koolfm.com.my

 

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply