Connect with us
Kool FM

Berita

Polis Ini Jadi ‘Bidan Ekspres’ Kali Kedua Selepas Kejadian 13 Tahun

Wanita tersebut sedang terbaring kesakitan dalam tandas.

Published

on

Siapa sangka kejadian 13 tahun lalu pada bulan Mac 2007 berulang lagi apabila seorang polis menyambut kelahiran seorang bayi perempuan di pintu rumah penduduk di Wangsa Maju, kembali berulang lagi pada kelmarin.

Anggota polis terbabit, Koperal Mohd Zahri Ramzan, berkata, insiden tersebut berlaku ketika dia baru keluar dari rumahnya untuk bekerja sekitar jam 7.40 pagi di Kampung Padang Balang Hilir.

BERTEMU SELEPAS 10 TAHUN MEMBIDANKAN

Koperal Mohd Zahri Ramzan, anggota IPD Sentul (dahulu anggota APM Kuala Lumpur)…

Posted by Friends Of MCDF on Monday, 10 July 2017

Menurutnya, seorang wanita dalam keadaan cemas muncul dan minta bantuan apabila salah seorang jiran mereka berusia awal 30-an tiba-tiba ingin rasa melahirkan bayi dan sedang terbaring kesakitan dalam tandas.

“Saya bergegas ke rumah berkenaan dan dapati wanita itu amat lemah kerana baru melahirkan seorang bayi lelaki. Kami dimaklumkan wanita itu mulanya mengadu mahu membuang air besar sebelum melahirkan bayi tidak cukup bulan secara tiba-tiba,” katanya.

Berikutan keadaan sempit di dalam tandas itu, dia dibantu seorang lagi jiran berusaha mengusung keluar mangsa secara perlahan-lahan dari dalam tandas berkenaan.

“Wanita itu kemudian dibaringkan di ruang tamu rumah. Ketika itu saya dapati uri bayi berkenaan masih berada di dalam rahim wanita terbabit.

“Bimbang ia boleh membahayakan nyawa wanita itu, saya memintanya meneran supaya uri itu dapat dikeluarkan.

“Alhamdulillah, uri itu akhirnya dapat dikeluarkan sebelum dibalut dengan kain sementara menunggu ambulans tiba. Saya kemudian memangku bayi itu sebelum membersihkannya menggunakan kain,” katanya.

 

 

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Disyaki Merogol, Pendakwah Muda Terkenal Ditahan Polis

Mohon Online i-Sinar Bermula 21 Disember. Hanya Golongan Ini Layak Keluarkan RM 10,000!

 

 

 

Sumber: harianmetro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement