Connect with us

Berita

PM, Jemaah Menteri Anjur Rumah Terbuka

Orang ramai dijemput hadir!

Published

on

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama jemaah menteri akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Kompleks Seri Perdana di Putrajaya pada hari raya pertama bermula jam 10 pagi hingga jam 4:30 petang.

Majlis itu bertujuan beramah mesra dan mengeratkan silaturahim antara pemimpin dengan rakyat, selain meningkatkan persefahaman masyarakat dan berkongsi kegembiraan bersama-sama golongan kurang bernasib baik.

“Orang ramai dijemput hadir dengan memakai pakaian bersesuaian dengan majlis.”

“Bagi memudahkan pengunjung ke majlis itu, perkhidmatan bas percuma turut disediakan bermula jam 9:30 pagi di 3 lokasi iaitu Putrajaya Sentral, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra dengan kekerapan setiap 15 hingga 20 minit.

Pengunjung dinasihatkan menaiki bas di lokasi sama untuk pergi balik dan meninggalkan kenderaan masing masing di 3 lokasi itu bagi mengelak kesesakan lalu lintas.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement