Connect with us
Kool FM

Berita

PKP: Kenapa Masih Berdegil?

Please stay at home.

Published

on

Masih ramai rakyat Malaysia yang ingkar dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

PKP yang mula dikuat kuasa pada 18 Mac lalu dilanjutkan sehingga 14 April 2020 dalam usaha kerajaan memutuskan rantaian jangkitan Covid-19. 

Penyampai Kool FM, AG dan Haiza menerusi segmen Kool Talk berkongsi beberapa kes tangkapan yang dilakukan pihak polis di Sabah atas kesalahan tidak patuh kepada arahan PKP dengan melakukan aktiviti sabung ayam dan bermain sepak takraw.

Secara keseluruhannya, seramai 40 individu telah ditahan di Sabah.

Masyarakat digesa agar mematuhi arahan kerajaan dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19.

Duduk di rumah dan hanya seorang sahaja ketua rumah dibenarkan keluar untuk membeli barang keperluan.

Jika sabit kesalahan, seseorang individu boleh berdepan hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau dipenjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu, AG juga memberi pujian kepada kaum adam yang sudah pandai membeli barang keperluan rumah di pasar raya apabila ‘bertukar tangan dengan orang rumah’ ketika wabak ini melanda negara.

Menurut seorang pemanggil, Rahimi yang tinggal di Bukit Damansara, beliau mengakui masih melihat segelintir masyarakat yang tidak peduli dengan PKP apabila membawa anak kecil ke kedai runcit, individu melepak di luar kawasan rumah dan tidak mengamalkan langkah keselamatan dengan menjarakkan diri satu meter antara orang lain.

Tempoh PKP ini seharusnya dimanfaatkan sebaik mungkin oleh masyarakat dengan muhasabah diri, perbaiki hubungan silaturahim bersama suami atau isteri, ibu bapa dan keluarga tersayang.

Sementara itu, YBhg. DSP Foo Chek Seng daripada Jabatan Pencegahan Jenayah Keselamatan Komuniti Bukit Aman juga ketika dihubungi berkata, masyarakat perlu bekerjasama dalam membantu semua warga front liners khususnya dari sektor perubatan yang keletihan dan sanggup berkorban nyawa demi negara.

Masyarakat tidak seharusnya menambah beban mereka yang bekerja lebih masa dengan mengingkari arahan PKP.

Kata beliau lagi, virus Covid-19 ibarat musuh yang tidak dapat dilihat dengan mata tetapi itulah cabarannya dan setiap individu perlu memainkan peranan masing-masing dalam usaha menghentikan rantaian virus tersebut.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement