Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Berita

Peter Mayhew, Pemegang Watak Chewbacca Dalam Filem Star Wars Meninggal Dunia

Pelakon Peter Mayhew yang memegang watak Chewbacca dalam siri filem Star Wars telah meninggal dunia pada usia 74 tahun.

Published

on

Pelakon Peter Mayhew yang memegang watak Chewbacca dalam siri filem Star Wars telah meninggal dunia pada usia 74 tahun.

Menurut ahli keluarganya menerusi satu kenyataan di Twitter, Mayhew menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga di kediamannya di Texas, Selasa lalu.

Mayhew meninggalkan balu Angie serta tiga orang anak.

Mayhew pada mulanya berlakon dalam Sinbad and the Eye of the Tiger sebelum diberikan watak lebih penting sebagai pembantu juruterbang serta rakan baik Han Solo dalam filem asal Star Wars pada 1977.

Tidak hanya itu, beliau turut muncul dalam The Empire Strikes Back, Return of the Jedi dan Revenge of the Sith.

Majlis penghormatan terakhir Mayhew akan diadakan pada 29 Jun ini, manakala majlis sama untuk peminat Star Wars akan diadakan di acara Empire Con pada Disember nanti.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement