Connect with us
Carta Spotlite Kool

Semasa & Hiburan

Pesan Amar Baharin Buat Anaqi

Good boyyy!

Published

on

Pelakon, Amar Baharin ada berkongsi satu rakaman video pendek di Instagram memaparkan gelagat anak pertamanya, Aqeef Anaqi sedang bermain scooter di sekitar taman perumahannya.

Menerusi ruangan kapsyen, Amar memaklumkan dia sebagai bapa sering memberi kata nasihat kepada anaknya agar menjadi seorang anak yang baik dan merendah diri, biarpun usianya baru 2 tahun 4 bulan.

“Aku selalu pesan kat anak aku walaupon dia baru 2 tahun 4 bulan, “Anaqi dengar cakap Mommy & Daddy, jangan tinggal solat, tidur awal, minum air banyak2…… Tidak la dia ikut semua tapi ada juga yg dia ikut. .
Lagi satu aku pesan, Anaqi jangan sombong dengan orang walaupon ramai followers 🤣 Yang tu dia ikut. Tengok je la video ni bila ada neighbour tegur… ✌🏻, tulis Amar.

Rata-rata peminat memuji kecomelan serta sifat ramah Anaqi yang tidak kekok menegur semula jiran yang memanggil namanya.

Untuk rekod, Amar dan isteri Amyra Rosli yang juga seorang selebriti telah mendirikan rumah pada 11 November 2016 dan dikurniakan dua orang anak bernama Aqeef Anaqi, 2 tahun dan Ayra Aryssa yang dilahirkan pada 1 Februari lalu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement