Connect with us
On Air Di Kool

Semasa & Hiburan

Pertama Kali Berjaya Habiskan Kayuhan Sejauh 100KM, Bella Dally Terima Kejutan Daripada Suami

Manis!

Published

on

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, sukan berbasikal telah menjadi kegemaran ramai, bukan sahaja dalam kalangan atlet, malah rakyat Malaysia dan rakan-rakan artis turut berbesar hati untuk mencuba sukan berkenaan.

Perkara berkenaan terjadi susulan terdapat banyak sukan yang tidak dibenarkan terutamanya yang melibatkan sentuhan dan jarak dekat.

Namun, ada juga yang menganggap ia adalah salah satu trend masa kini.

Walaupun Malaysia kini masih dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dilanjutkan sehingga Disember 2020, sukan berkenaan masih lagi menjadi aktiviti hujung minggu selain menjadi bualan hangat orang ramai.

Terkini, pelakon dan usahawan jelita Bella Dally telah berjaya menamatkan kayuhan sepanjang 100KM  (kilometer) buat kali pertama baru-baru ini.

Bukan mudah sebenarnya untuk mendapat kayuhan sejauh pelakon yang poular menerusi drama Vanila Coklat itu.

Jadi, ia adalah pencapaian yang sangat membanggakan lebih-lebih lagi Bella adalah seorang wanita yang bekerjaya.

Dalam pada itu, Bella menerusi laman Instagram Story miliknya turut memuat naik video ketika dia menerima kejutan daripada suami yang datang ke lokasi pelakon itu berbasikal.

 

So sweet pasangan ni kan! Semoga Bella terus kekal berbasikal demi menjamin kesihatan dan sentiasa bahagia disamping suami tercinta..

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement