Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

Perniagaan Kurang Laris? Cuba Amalkan Surah Ini

Dengan usaha dan semangat, Insyallah boleh berjaya…

Published

on

Pelbagai jenis perniagaan yang ada di dunia ini yang boleh diceburi.

Antaranya ialah bidang perniagaan makanan, pakaian, pelancongan dan sebagainya.

Berniaga merupakan bidang yang paling banyak diceburi oleh masyarakat Malaysia, hampir majoriti umat muslim di Malaysia sebahagian besar memilih kerjaya profesional sebagai peniaga.

BPOM: Penjaja Makanan Nakal tak Boleh Ada di Jakarta - Medcom.id

Gambar hiasan

Nabi Muhammad SAW sendiri pernah menyuruh kita sebagai umat Islam untuk berniaga kerana keuntungan dari berniaga sangat banyak atau lebih lagi, bergantung kepada kita sebagai pedagang yang pandai menerapkan sistem perniagaan Rasulullah SAW. Sebagai seorang muslim kita dibebaskan untuk mencari rezeki di bidang apapun asalkan ianya halal dan berkat maka itu tidak berdosa.

Calaqisya | Shop CalaQisya Online |

Gambar sekadar hiasan

Ayat Al-Quran yang di petik dari surah Al-fathir ini hanya sebagai rujukan dan usaha kita sebagai peniaga kerana segala rezeki datang dari Allah SWT jadi kita memohon supaya Allah SWT memudahkan urusan perniagaan kita dan dijauhkan dari kerugiaan.

Selain dari mengamalkan ayat-ayat pelaris, kita perlu usaha keras, bersungguh-sungguh, tekun dan ikhlas kerana kalau berdoa tanpa usaha pun tak guna juga. Bagi yang menceburi bidang perniagaan tak kira online business, offline, direct selling atau perniagaan restoran makanan, eloklah mengamalkan ayat 29 dan 30 dari Surah Fathir ini. Makna pada terjemahannya cukup baik dan indah sekali.


Maksudnya :

“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian”

“Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya”

Tak perlu lagi mencari pelaris yang belum pasti kebenarannya dan tidak bercampur aduk dengan sihir.ย  Jangan disebabkan pelaris itu, aqidah kita terpesong.

Yang melariskan adalah kehendakNya dengan daya usaha sendiri yang diberkati oleh Allah SWT. Minta dan mohon kepadaNya dengan membaca ayat-ayat tersebut.

Wallahualam, selamat mencuba!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement