Connect with us

Berita

Perlu Ke Pemeriksaan Sebelum Berkahwin?

Khas untuk pasangan yang bercadang nak berkahwin..

Published

on

Umum mengetahui, banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum membina mahligai impian bersama pasangan masing-masing. Bukan sahaja perancangan lokasi, tarikh dan pakaian yang perlu dipakai. Malah, hal kesihatan juga tidak boleh dikecualikan.

Bukan setakat pemeriksaan HIV sahaja, banyak lagi perkara yang anda perlu tahu daripada pasangan anda selain perkara yang perlu dititikberatkan sebelum anda melangkah ke alam perkahwinan. Tidak semestinya persediaan mental dan fizikal sahaja.

Image result for wedding malaysia
Kebiasaannya pasangan yang bakal melangkah ke alam perkahwinan akan mengambil ujian saringan seperti HIV di hospital kerajaan. Tapi, bukan sahaja ujian HIV, anda juga perlu mengambil ujian Talasemia bagi membina sebuah keluarga yang sihat.

Menurut sebuah portal online, kira-kira 76% remaja di negara ini telah menghidap penyakit Talasemia ini. Namun, hanya 26% yang hadir untuk mengambil ujian saringan.

Image result for perkahwinan artis malaysia

5 sebab anda perlu menjalani ujian talasemia sebelum mendirikian rumahtangga:

1. Dapat mengurangkan risiko zuriat daripada menghidap Talasemia major

Kalau anda sudah mengetahui status ujian yang dilakukan, pasangan akan dimaklumkan tentang risiko bahawa penyakit ini mungkin akan diwariskan kepada anaknya.

Namun, jika anda dan pasangan merupakan pembawa Beta Thalasemia, anak bakal mempunyai risiko menghidap Beta Thalasemia Major sebanyak 25% dan Beta Thalasemia Minor sebanyak 50%.

Anak yang hidup dengan Talasemia jenis Beta Thalasemia Major perlu mendapatkan rawatan sepanjang hayat susulan penghasilan darah merah yang kurang.

2. Memastikan agar penyakit ini terkawal

Ujian saringan ini tidak akan mengubah status kesihatan seseorang. Ia merupakan langkah awal yang sangat berguna dalam pengurusan kesihatan.

Terdapat 3 tahap Talasemia yang perlu anda tahu iaitu:

  • Pembawa talasemia iaitu Thalasemia Minor
  • Penyakit talasemia pertengahan iaitu Thalasemia Intermedia
  • Penyakit Thalasemia Major iaitu tahap yang paling teruk

Jika anda disahkan mempunyai Beta Thalasemia Trait iaitu penyakit talasemia ringan, ia tidak merbahaya dan tidak memerlukan sebarang rawatan.

3. Dapat tahu tentang tahap kesihatan pasangan anda sebelum berkahwin

Untuk pasangan yang akan membesarkan anak yang menghidap penyakit ini sememangnya tidaklah semudah yang disangka. Banyak pantang yang perlu dititikberatkan, kos perubatan seorang yang mempunyai penyakit ini juga amatlah tinggi.

4. Sekiranya pasangan anda dapat menerima anda sebagai salah seorang yang menghidap penyakit Talasemia, anda perlu merujuk khidmat kaunseling

Ini kerana risiko yang bakal diterima oleh bayi tersebut adalah mengikut tahap Talasemia yang dibawa oleh ibu bapa sendiri. Dengan khidmat pihak kaunseling, anda akan diberi maklumat tentang pengurusan kesihatan dan juga diet yang betul untuk kesihatan darah anda di masa akan datang.

5. Mengurangkan risiko untuk ibu mengandung

Ujian saringan Talasemia ini hanya perlu dilakukan sekali seumur hidup. Walaupun tidak wajib untuk pasangan mengambil ujian ini, namun ianya bakal memberikan kesan yang besar di masa hadapan.

 

Sumber daripada: says.com

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement