Connect with us
Kool FM

Berita

Perebutan tempat kedua Serie A sengit

Published

on


MILAN: Inter Milan menundukkan Napoli 2-0 untuk mengekalkan kedudukan tangga kedua Serie A, sekali gus mendahului Atalanta yang bangkit mengalahkan Parma 2-1 awal pagi ini.

Biarpun kejuaraan sudah menjadi milik Juventus buat kali kesembilan berturut-turut tetapi pesaingan merebut tempat kedua liga berlangsung sengit menyaksikan perebutan di antara Milan, Atalanta dan Lazio.

Keputusan tempat kedua bakal menjadi milik siapa akan diketahui dalam perlawanan terakhir liga.

Skuad kendalian Antonio Conte mendahului Atalanta dengan satu mata sebelum bertembung dalam perlawanan terakhir liga,Ahad ini.

Lazio yang menghuni tangga keempat akan bertemu Brescia awal pagi esok, ketika skuad kendalian Simone Inzaghi masih mempunyai peluang untuk menamatkan saingan di tempat kedua dengan aksi terakhir berdepan Napoli pada hujung minggu ini.

Dalam aksi di Stadium Giuseppe Meazza, Danilo D’Ambrosio meletakkan Inter di depan 11 minit selepas permainan bermula sebelum Lautaro Martinez menambah jaringan kedua 15 minit sebelum perlawanan berakhir.- AFP

The post Perebutan tempat kedua Serie A sengit appeared first on Utusan Malaysia.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement