Connect with us

Berita

Perancis Dilanda Gempa 5.4 Magnitud

Empat orang cedera manakala seorang daripadanya parah akibat gempa.

Published

on

Tenggara Perancis semalam dilanda gempa bumi berkekuatan magnitud 5.4 mengakibatkan empat orang cedera manakala seorang daripadanya parah.

Menurut pejabat seismologi nasional, gempa itu dirasai di kawasan meluas antara bandar ini dan Montelimar yang terletak sejauh 150 kilometer antara satu sama lain.

“Saya sedang bersandar pada ketuhar di kedai roti ibu saya apabila merasa gegaran. Pinggan seorang pelanggan terjatuh dan semuanya pecah,” kata Victoria Brielle, seorang penduduk di Privas, sejauh 25 kilometer dari pusat gempa.

Seorang lagi penduduk di kawasan itu, Didier Levy, memberitahu candelier (lampu hiasan) masih bergoyang beberapa minit selepas gempa dan anjingnya mula menyalak sebelum dia merasai gegaran itu.

Sumber: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement