Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

Perancangan Amar Baharin, Amyra Rosli

Pasangan selebriti Amar Baharin dan Amyra Rosli mempunyai cara tersendiri dalam membina keluarga bahagia.

Published

on


Pasangan selebriti Amar Baharin dan Amyra Rosli mempunyai cara tersendiri dalam membina keluarga bahagia.
Mungkin ada sesetengah netizen yang tertanya-tanya bila Anaqi nak dapat adik baru?

Untuk pengetahuan, Amar dan Amyra mengakui merancang keluarga dalam mendapatkan anak kedua.
Menurut Amyra, dia mahukan anak sulung mereka, Aqeef Anaqi yang kini berusia setahun lima bulan menginjak usia tiga tahun sebelum berfikir untuk menambah bilangan anak.

Ye lah, nak besarkan setiap anak ada pelbagai cabarannya. Kadang-kala kita perlu untuk menrancang keluarga agar senang urusan di kemudian hari.

“Buat masa sekarang belum ada perancangan mahu tambah anak. Kalau nak anak kedua pun, biarlah Anaqi berusia tiga tahun dulu,” ujar Amyra.

Dalam pada itu, pelakon sensasi drama Nur itu juga mengakui kehidupannya dan suami agak sibuk dan mereka masing-masing bersetuju untuk jarakkan usia anak.

“Bagi saya, itu tempoh yang sesuai. Apatah lagi, macam sekarang saya dan Amar sedang sibuk. Amar juga bersetuju untuk kami jarakkan usia anak sebelum fikir mahu besarkan keluarga,” katanya lagi.

Amar dan Amyra mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016 dan kini dikurniakan seorang putera, Aqeef Anaqi.

Semoga pasangan ini kekal bahagia hingga ke jannah.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement