Connect with us

Berita

Penyaman Udara Ragut Nyawa Bayi

Kanak-kanak berusia dua tahun maut selepas dihempap alat penyaman udara di Toronto, Kanada kelmarin.

Published

on

Malang tidak berbau.

Seorang kanak-kanak dua tahun maut selepas dihempap alat penyaman udara di Toronto, Kanada kelmarin.

Difahamkan, mangsa sedang ditolak dalam kereta sorong bayi oleh ibu bersama dua adik beradik yang lain sebelum alat terbabit dilaporkan jatuh dari tingkat lapan sebuah pangsapuri di Lawrence Ave East, Scarborough.

Polis tiba di tempat kejadian kira-kira jam 3.30 petang sebaik menerima panggilan kecemasan dan hasil siasatan mendapati objek berat terbabit jatuh ke atas mangsa.

Mangsa sempat dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal tidak lama kemudian.

Sumber: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement