Connect with us

Gaya Hidup

Penjelasan Dari 3 Pihak Isu Yaya Pemusnah Rumah Tangga Kawan Baik Sendiri

Published

on


Semalam digemparkan dengan isu rakan baik punca pergolakkan rumah tangga. Walaupun sudah 4 hari berlalu tapi isu ini tetap menjadi bualan ramai. Bukan gosip artis saja ye, isu hubungan suami isteri dalam kalangan netizen pun menjadi tumpuan orang ramai. Mungkin disebabkan kes rakan baik merampas suami sendiri.

Menurut sebuah portal, suaminya, Mahyudin Noral Azhar, yang dikatakan bercinta dengan kawan baik isteri sendiri telah tampil memberi kenyataan tentang isu ini. Katanya, dia mula menaruh perasaan untuk memperisterikan Yaya apabila banyak membantu menaikkan perniagaan Kuih Bakul Yaya dan melihat keakraban mereka berdua. Malah turut memberitahu bahawa dia telah meminta izin pada isterinya.

Sumber: instagramyaya

Bagaimanapun, isterinya, Suhana Hamzah menolak kenyataan suaminya bahawa dia tak pernah dipelawa untuk bermadu dan tak pernah mengatakan suaminya memukul atau mengabaikannya sehingga isu itu boleh timbul. Jadi, dia tidak mahu ulas panjang kerana dia mempunyai bukti dan akan bawa perbincangan ke mahkamah kerana dirinya dituduh dan difitnah.

Perkara ini menjadi lebih berat selepas suaminya memuat naik status begini.

Pada masa yang sama, Yaya atau nama sebenar Haziqah Nurul Huda Harun tampil memberi kenyataan tentang isu ini. Dia menafikan perkahwinan mereka berdua di Thailand kerana pada 6 Januari 2020 dia berada di Kuantan kerana anak saudaranya dimasukkan ke dalam hospital.

“Saya reda dengan ujian Allah. Allah ada bersama saya. Terserah kepada netizen jika berterusan ingin menghukum dan mengecam saya kerana fitnah itu. Saya yakin berada di pihak yang benar. Cukup sekadar mereka tahu, saya masih bujang dan tidak bercinta dengan sesiapa, jauh sekali berkahwin dengan suami orang,”

Sumber: instagramyaya

Apa pun terjadi pada mereka bertiga, kita sebagai netizen yang mengikuti perkembangan mereka jangan mudah untuk membuat sebarang spekulasi. Baca, hadam dan diam. Apa pun, Hanna sudah sudah memfailkan perceraian ke atas suaminya dan melantik peguam untuk ke sini.

Semoga perbicaraan berjalan dengan lancar!

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Bahana! Kawan Rapat Dianggap Darah Daging Berakhir Dengan Pergolakkan Rumah Tangga

Nora Danish Luah Perasaan Tentang Perkahwinan Keduanya

 

 

 

 

 

Sumber: facebook , HM , HM



Sumber:

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement