Connect with us
Salam Aidilfitri

Berita

Pengusaha Tak Dapat BPN, Gimnasium Mungkin Gulung Tikar?

Hanya tunggu masa

Published

on

Selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia diberi sedikit kelonggaran dengan beberapa syarat, iaitu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), sebahagian besar perniagaan mula beroperasi.

Namun gimnasium di seluruh negara dilapor mungkin gulung tikar kerana masih belum diberi lampu hijau untuk beroperasi, selepas 2 bulan PKP dikuatkuasakan.

Wartawan TV3, Selwan Arjunan mendengar sendiri keluhan pengusaha pusat kecergasan dan gimnasium.

Menurut seorang pengusaha gimnasium di Pulau Pinang, Mohamed Thaufiq Ali, semua prosedur operasi standard SOP telah dirangka dengan teliti untuk memastikan keselamatan dan kesihatan di jaga, termasuk pemeriksaan suhu badan.

“Kami akan pantau customer kami yang masuk gim. Customer takkan duduk dalam crowd, kami akan asingkan, training akan dijalankan ikut bahagian”

Persoalannya, ketika pusat beli belah telah dibuka dan makan di restoran dibenarkan, bagaimana pula dengan pusat gimnasium yang ibarat nyawa-nyawa ikan ketika tempoh PKP ini?

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement