Connect with us
Kool FM

Berita

Pengorbanan & Etika Kewartawanan

Semoga pengamal media terus berdedikasi dalam menjalankan tanggungjawab..

Published

on

Susulan daripada fenomena politik dan pembaharuan sistem yang sedang berlaku di Malaysia kebelakangan ini, pengamal media terutamanya wartawan adalah individu pertama yang bertungkus-lumus demi mendapatkan informasi yang tepat untuk disalurkan kepada rakyat.

Untuk mendapatkan maklumat yang sahih juga bukanlah tugas mudah seperti yang disangka, malah mencabar buat mereka.

Ini kerana ada yang sanggup meninggalkan anak-anak di rumah, berdiri di bawah terik matahari, berlindung di sebalik pokok, dan ada yang sanggup mengikat perut hanya kerana tidak mahu ketinggalan untuk mendapatkan butiran terperinci daripada individu berpengaruh.

Pengorbanan itu turut mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang sempat meluangkan masa baginda untuk mencemar duli dan menyumbangkan keperluan termasuk makanan serta minuman buat petugas media.

Image result for agong kfc media

Kool FM pada 27 Februari 2020 bagaimanapun telah menemubual seorang wartawan TV3, Juliana Shahrin dan jurukameranya, Ajak bagi mendapatkan pandangan tentang pengorbanan seorang wartawan.

Menurut Juliana, isu sumbangan yang diberikan tersebut berlaku secara mengejut dan ia adalah tindakan atas keprihatinan oleh pihak istana terhadap wartawan yang bertugas.

Sementara itu, AG sempat menggariskan beberapa etika kewartawanan yang dipetik daripada Malaysian Press Institute:-

1. Tugas utama wartawan adalah melaporkan kebenaran dan menghormati hak orang ramai untuk mendapat maklumat yang benar.

2. Wartawan perlu menghayati kebebasan memungut dan menyiarkan berita secara jujur serta berhak membuat ulasan dan kritik yang saksama.

3. Wartawan hendaklah menggunakan cara yang wajar untuk mendapatkan berita, gambar atau filem dan dokumen.

4. Sebarang maklumat tersiar yang didapati tidak benar hendaklah diperbetulkan.

5. Wartawan hendaklah menghormati kerahsiaan sumber berita.

6. Wartawan hendaklah berbudi pekerti ketika menjalankan tugas dan mengelakkan diri daripada plagiarisme dan hasutan, tuduhan tidak berasas serta rasuah dalam apa bentuk sekalipun.

7. Wartawan hendaklah menghindari siaran berita rencana yang bersifat perkauman, melampau dan bertentangan dengan tatasusila masyarakat majmuk Malaysia.

8. Wartawan hendaklah memahami undang-undang dan peraturan negara yang berkaitan secara langsung dengan profesion mereka.

Jelas Juliana, walaupun tanggungjawab seorang wartawan perlu mengikut etika seperti yang dinyatakan, ia bukanlah satu bebanan malah menjadi panduan supaya seseorang itu lebih berhati-hati dalam menyalurkan maklumat.

Dengar lebih lanjut kenangan manis dan pahit Juliana serta Ajak menerusi Catch Up Kool dibawah:-

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement