Connect with us
On Air Di Kool

Berita

Penduduk Melaka Tunai Solat Jumaat

Alhamdulillah..

Published

on

Selepas hampir tiga bulan, Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka akhirnya membenarkan penduduk negeri berkenaan menunaikan solat Jumaat hari ini (29 Mei).

Setiausaha Masjid As-Salihin Kampung Paya Rumput, Roslan Yahya berkata, persiapan rapi sudah dilakukan pihaknya untuk memastikan standard prosedur operasi (SOP) ditetapkan dipatuhi termasuklah aspek kebersihan, keselamatan dan penjarakan sosial.

Katanya, surat jemputan kepada 40 jemaah juga dikeluarkan, malah kesemua jemputan sudah mengisi borang saringan kesihatan secara online bagi memastikan mereka mematuhi SOP ditetapkan.

“Apa yang pasti penduduk amat teruja selepas sekian lama tidak dapat menunaikan solat Jumaat. Namun, beberapa penduduk yang sering ke masjid tidak dipelawa kerana berusia lebih 70 tahun dan ada yang uzur,” katanya.

Sebelum ini, Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil berkata, kebenaran itu tertakluk kepada kepatuhan syarat ditetapkan iaitu hanya 40 jemaah termasuk khatib, imam, bilal serta pegawai masjid yang dibenarkan menunaikan solat itu pada satu-satu masa.

Sumber daripada: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement