Connect with us
Kool FM

Berita

Penangguhan bayaran beri nafas lega

Published

on


Di Malaysia, kita mempunyai pilihan untuk mendapatkan pembiayaan patuh syariah selain pinjaman konvensional bagi membiayai pembelian kereta, rumah dan keperluan peribadi.

Pembiayaan patuh syariah dilaksanakan melalui beberapa jenis kontrak termasuk kontrak jual beli yang membolehkan pihak bank menjana keuntungan.

Pinjaman konvensional pula menggunakan kontrak pinjaman dengan mengenakan kadar faedah.

Untuk makluman, pembayaran ansuran akan dilunaskan berdasarkan jadual pembayaran mengikut tempoh pembiayaan yang boleh mencapai sehingga 35 tahun.

Keupayaan membayar pembiayaan adalah perkara penting yang harus diambil kira. Sekiranya mempunyai pendapatan tetap dan mampu mengurus kewangan dengan baik, kita akan berupaya mematuhi jadual pembayaran tersebut.

Walaupun begitu, sesuatu keadaan luar jangkaan mungkin berlaku yang akan menghalang keupayaan membayar ansuran tersebut.

Apabila wabak Covid-19 melanda, antara keputusan penting yang telah diputuskan kerajaan dan mendapat sokongan institusi perbankan adalah untuk memberi ruang penangguhan bayaran ansuran yang disebut sebagai moratorium.

Penangguhan bayaran ansuran tertakluk kepada jadual pembayaran yang terdiri daripada amaun prinsipal dan ­keuntungan.

Dengan penangguhan ini, tempoh pembiayaan akan dipanjangkan menyebabkan ­pulangan kepada pendeposit bank akan terjejas.

Secara umumnya, pihak bank mempunyai tanggungjawab terhadap pendeposit kerana wang yang disimpan di dalam bank akan dijadikan sebagai sumber dana aktiviti pembiayaan sesebuah bank.

Oleh itu, pihak bank akan memperuntukkan sebahagian keuntungannya kepada para pendeposit dalam bentuk ­dividen atau keuntungan.

Atas sebab itu, pihak bank akan mengambil kira jumlah keuntungan yang sepatutnya diterima berdasarkan jadual pembayaran sepanjang tempoh moratorium ini, secara terkumpul.

Jumlah tersebut perlu dijelaskan oleh kita sebagai ­penerima moratorium ini. Untuk makluman, dalam pembiayaan patuh syariah, jumlah keuntungan bank tersebut tidak boleh digandakan, berbeza dengan pinjaman konvensional yang mengamalkan sistem kompaun atas faedah yang dikenakan.

Kesimpulannya, penangguhan selama enam bulan ini dapat memberi nafas lega kepada kita dalam membayar ansuran bulanan.

Namun begitu, ia juga telah memberi kesan kepada bank dalam melaksanakan tanggungjawab memberikan pulangan kepada pendeposit.

The post Penangguhan bayaran beri nafas lega appeared first on Utusan Malaysia.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement