Connect with us
Kool FM

Berita

Pemimpin UMNO kena tanya terus Muhyiddin

Published

on


JOHOR BAHRU: Pemimpin UMNO perlu bertanyakan secara terus kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung cadangan membawa kembali Presiden Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu ke pangkuan parti berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian menjelaskan, namun paling utama adalah perkara itu terpulang kepada persetujuan Muhyiddin sendiri sama ada ingin menerima atau sebaliknya.

“Kalau ahli-ahli Bersatu tidak mahu masuk UMNO, maka dia seorang sahaja yang masuk,” katanya ditemui selepas majlis serahan sumbangan Aidiladha dan lembu korban di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam temu bual dengan sebuah portal yang dipetik sebagai berkata, parti boleh mengubah keputusan pemecatan Muhyiddin pada 2016 dan menerimanya semula ke dalam parti itu.  

Cadangan supaya Muh­yiddin kembali ke pangkuan UMNO pada mulanya dibangkitkan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan kemudiannya disokong Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman. 

Dalam pada itu, Osman menolak kenyataan sesetengah pihak dengan mengatakan Bersatu akan terkubur seperti Semangat 46 kerana situasi melibatkan kedua-dua parti itu berbeza daripada segi objektif penubuhan masing-masing.

“Sebabnya adalah Bersatu ini dah kuat daripada tidak dikenali sehingga dikenali dan lagi hebat. Oleh itu, saya minta jangan bandingkan kami dengan parti Semangat 46.

“Tertubuhnya Bersatu sebagai pelapis atau pengganti UMNO dan memperbetulkan apa yang sudah rosak berbanding Semangat 46 ditubuhkan ekoran perbuatan jawatan antara Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika pemilihan UMNO,” katanya.  – UTUSAN

The post Pemimpin UMNO kena tanya terus Muhyiddin appeared first on Utusan Malaysia.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement