Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Pasang Lampu Ketika Tidur Membahayakan Kesihatan?

Ini risiko kesihatan bila tidur dalam keadaan lampu terpasang…

Published

on

Siapa sangka rupanya pasang lampu atau terdedah dengan cahaya semasa tidur boleh memudaratkan kesihatan. Selalunya anak-anak kecil akan meminta kita untuk memasangkan lampu semasa tidur kerana mereka takut untuk tidur dalam suasana yang gelap. Mungkin golongan dewasa juga ada yang tidur dengan memasang lampu kerana sudah terbiasa. Bukan sahaja pasang lampu semasa tidur, bahkan jika anda terlupa menutup TV sekalipun, cahayanya juga memberi kemudaratan.

Kanak-Kanak Berisiko Menghidap Penyakit Leukimia

Berdasarkan sebuah kajian yang pernah dijalankan, kanak-kanak yang tidur dalam bilik yang bercahaya cerah mempunyai risiko tinggi untuk menghidapi penyakit leukimia. Dikatakan bahawa tubuh manusia perlu berada dalam suasana gelap bagi menghasilkan kimia yang akan melawan sel-sel kanser. Sebagai makluman, jumlah kanak-kanak yang menghidap penyakit leukimia meningkat dua kali ganda sejak 40 tahun lepas, dan kira-kira antara 480 ke 500 jumlah kanak-kanak yang berusia 15 tahun ke bawah didiagnosis menderita penyakit ini setiap tahun.

Selain itu, bagi mencegah kerosakan DNA, tubuh manusia memerlukan sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai melatonin. Bahan ini akan menghentikan asid lemak daripada bertukar menjadi tumor serta mencegah sebarang perkembangan atau pertumbuhannya. Jika kita tidur dalam suasana lampu yang tidak ditutup atau dalam keadaan terang, ianya mampu menghentikan penghasilan bahan melatonin.

Boleh Menyebabkan Obesiti

Menurut laman Facebook Public Health Malaysia, satu kajian yang terkini melibatkan 43,722 wanita mendapati mereka yang tidur dalam keadaan TV atau lampu terpasang dikaitkan dengan risiko peningkatan berat badan. Jika ianya kerap dilakukan, berkemungkinan berat badan akan meningkat sebanyak 5kg atau lebih, serta peningkatan risiko 10% BMI. Tambahan lagi, kajian yang dilakukan kepada tikus di makmal menyokong hipotesis berkenaan kesan cahaya lampu terhadap melatonin regulasi ‘body clock’ yang mengawal masa tidur dan sedar kita. Tikus yang terdedah kepada cahaya pada waktu malam mencatatkan penambahan berat badan berbanding dengan yang tidak terdedah.

Walau bagaimanapun, faktor utama terhadap masalah obesiti tetap berpunca daripada pengambilan makanan berkalori tinggi dan gaya hidup tidak aktif’

Cara-Cara Membiasakan Diri Tidur Dalam Gelap

Kepada anda yang mempunyai kesulitan untuk tidur dalam suasana gelap, mungkin boleh cuba tips-tips ini untuk membiasakan diri:

1. Pasang langsir gelap dan cuba untuk tidur dalam suasana gelap pada waktu siang.

2. Memakai topeng penutup mata waktu tidur untuk membiasakan diri anda berada dalam suasana gelap semasa tidur. 

3. Elakkan bermain dengan gajet-gajet atau melihat skrin TV dan komputer sebelum tidur. Sebaiknya berhenti bermain dengan telefon sejam sebelum tidur bagi mendapatkan tidur lena tanpa memasang lampu.

4. Elakkan diri tidur pada siang hari supaya waktu malam lebih mudah berasa penat dan ngantuk.

5. Mandi air yang hangat sebelum tidur bagi mendapatkan mood tidur. Air hangat dikatakan mampu memberi suhu badan yang ideal untuk tidur.

 

 

 

 

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement