Connect with us
Webinar Kool

Gaya Hidup

Pakar Terapi Kanak-Kanak Dedah Akibat Beri Anak Gajet Pada Usia Bawah 2 Tahun

Anti-sosial!

Published

on

Perasan tak sekarang ni kalau pergi mana-mana atau dalam ahli keluarga sendiri, yang mempunyai anak kecil pasti sudah dimomokkan dengan peralatan elektronik termasuklah telefon bimbit atau tablet.

Walaupun kewujudan gajet diakui banyak memberi kelebihan dan kebaikan untuk kegunaan harian masa kini, namun pastinya membawa keburukan sekiranya penggunaannya tidak dikawal.

Pengguna Twitter yang juga salah seorang wanita yang bertugas sebagai ahli terapi tampil menulis punca dan akibat pasangan itu cenderung memberikan telefon pintar dan kesan jangka panjang yang akan dialami oleh anak itu.

Ada juga ibu bapa rasa pelik, kenapa anak boleh nyanyi, sebut abc tapi tak pernah pun panggil “mama”, mintak susu, cakap lapar, nak main…

Jadi apa masalah anak ni?

Terlalu lama dengan screen time akan memberi kesan pada bahagian otak “frontal cortex.”

 

Antara fungsi bahagian otak ini adalah keupayaan mengawal diri yang menyebabkan anak itu  tidak pandai mengimbangi gaya hidup terutamanya bila sudah ketagih dengan gajet.

Namun, semua ini bergantung kepada ibu bapa itu sendiri.

Benar gajet itu sendiri ada kelebihannya, tetapi kenapa tidak beri peluang pada anak-anak untuk lebih explore dunia di sekeliling mereka.

Di situ mereka boleh develop & enhance:-
– sensory
– cognitive
– motor
– social interaction

Diharapkan supaya ibu bapa jangan terlampau memanjakan anak dengan gajet supaya mereka dapat membesar menjadi seorang yang tidak anti-sosial. Barulah boleh berkawan dengan ramai orang!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement